Monday, October 13, 2014

SUNGAI MERBOK

Assalammualaikum and salam sejahtera kepada semua pembaca blog (Formal sikit)

Hari ini,kami akan menceritakan tentang Sungai Merbok. Haaaa...tahu tak Sungai Merbok dekat mana?Of course la,Sungai Merbok dekat Sungai Petani. Sebenarnya ramai yang tercari-cari tempat-tempat menarik di Sungai Petani untuk dikujungi. Sungai Merbok adalah tempat yang sesuai untuk bergembira bersama keluarga.

Apa yang ada di Sungai Merbok?Baiklah,kami kongsikan bersama anda hari ini. Dah namanya pun sungai,mestilah ada sungai..hehe..Jangan kata Sungai Petani takda sungai pulak. Kita mesti hendak berehatkan diri dan minda,ambiklah masa tenung sungai ini.Insyallah,fikiran kita pun tenang.Kita boleh tengok nelayan-nelayan menangkap ikan dengan menaiki bot. Kita akan merasakan tiupan angin sempoi-sempoi.Insyallah,terasa macam dekat oversea^^

Jangan risau , apabila kita penat tengok sungai , bolehlah singgah makan di restoran yang ada. Nelayan-nelayan tangkap fresh semua makanan laut. Mestilah semuanya segar. Kita makan sambil melihat sungai dan ditiup angin segar.Wahhh..memang relax. Kita makan bersama keluarga dan menikmatinya bersama , memang boleh tenangkan fikiran sama. Dah syok-syok makan,tangkap gambar dulu.Betul tak?Makanan disini juga sedap-sedap.

Jangan tunggu lama-lama , singgahlah sekarang!

Bot yang disediakan. Kita juga boleh sewa untuk bersiar-siar di sekitar Sungai Merbok.

Haaaa...Nampak sedapnya sampai terkeluar air liur.Belum makan lagi.

Boleh cuba jagung bakar

No comments: